Bahagian
pertama kita akan memerhatikan seseorang ialah mukanya. Mata sudah
tentu ialah sisi paling menonjol pada wajah anda, selain bibir dan
hidung. Ada orang, seperti Zooey Deschanel dan Rozita Che Wan, mempunyai
pandangan mata yang memikat. Seperti orang lain ialah pada bibir. Namun
penonjolan setiap bahagian itu bergantung juga pada bentuk muka orang
itu sendiri, kerana kalau bibir cantik sekali pun, tetapi tidak masuk
dengan bentuk muka, ia tetap tidak akan cantik.
Oleh itu sebelum anda mula bersolek pada mata, hidung, dan bibir anda, kenali dahulu bentuk wajah.
1. Bentuk Wajah Bulat

Antara
benda pertama anda patut lakukan ialah membuat leher anda nampak lebih
panjang. Jadi letakkan sedikit bedak cerah di kawasan tengah dagu.
Kemudian anda perlukan solekan shading. Kawasan dahi dan tepi ialah
tempat untuk letakkan warna tebal yang gelap.

2. Bentuk Wajah Empat Segi.
Kalau anda lihat gambar Agelina Jolie ini, bahagian rahang yang sangat menonjol. Kalau bukan kerana bibirnya yang tebal dan cantik itu, mungkin akan lebih jelas bentuk rahangnya. Tetapi anda tidak perlu ada bibir Angelina Jolie. Anda hanya memerlukan berus shading yang besar. Mula dari tepi dahi dan turun sampah ke bawah rahan dan tebalkan di situ.
Kalau anda lihat gambar Agelina Jolie ini, bahagian rahang yang sangat menonjol. Kalau bukan kerana bibirnya yang tebal dan cantik itu, mungkin akan lebih jelas bentuk rahangnya. Tetapi anda tidak perlu ada bibir Angelina Jolie. Anda hanya memerlukan berus shading yang besar. Mula dari tepi dahi dan turun sampah ke bawah rahan dan tebalkan di situ.
3. Bentuk Wajah Tiga Segi

Cara
untuk menyerikan wajah bentuk ini mudah sahaja: gunakan bedak cerah
pada dahi supaya ia akan nampak lebar. Kemudian letakkan juga bedak pada
dagu supaya ia tidak kelihatan terlalu runcing. Fesyen rambut anda juga
dapat membantu menaikkan raut wajah disamping menyembunyikan pipi yang
cengkung sekiranya anda jenis kurus kering macam isteri Beckham dalam
gambar ini.
Sumber Info
Satu lagi paling penting dan elok diamalkan selalu, waktu bercermin membelek wajah tu, jangan lupa baca Selawat 3 kali. InsyaAllah, berseri2 lah wajah di Aidilfitri.
Salam semua, KA akan mula bercuti, mungkin xde BW, tapi akan curi2 post N3 ( kalau en Hubby tau ni, habis KA he he he, xpe dia yang drive, so KA masih boleh mengadap cik lappy lagi !)






















