THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-05-06

Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 12, 2012

Lawak Pintar Anak2

Sebenarnya, malam semalam dalam sibuk berblogwalking dan jenguk2 blog kengkawan, sempat juga mengajar my second daughter tu buat karangan in English. Rasa macam balik ke zaman sekolah semula bila buat karangan ni.  Tetapi kalau ditanya, sememangnya zaman sekolahlah merupakan zaman paling indah dalam hidup kitakan!

(Mengajar anak sambil intai2 screen baca blog! he he he)
Dan macam biasa, yang si bongsu tu pun mulalah sibuk2 datang nak bertanya macam2 soalan.  Si kakak yang mula bosan dengan kerenah adiknya terus capai satu buku .

Kakak :  Ok, Ini ada satu soalan, kalau pandai sangat cuba jawab. Ada tiga ekor tikus duduk dalam 3 sangkar, satu ada air dan makanan, satu lagi ada makanan sahaja dan satu lagi ada air sahaja. Soalannya ... tikus mana yang akan mati lebih cepat ?
Adik :  Erm...senang je!.......... Tikus yang ada makanan tu ajelah..
Kakak :  Betul ......Tapi sebab apa ??
Adik :  Iyalah, kalau dia makan takde air, tercekiklah nanti boleh mati!
Saya :  Ha Ha Ha
Kakak : Bukanlah!...... sebenarnya tikus perlukan air untuk hiduplah..
Saya :  Betullah tu,... boleh terima apa jawapan adik tu! The very clever one!
Kakak : Iyelah tu!

Moral of the story, jangan memperlekehkan kanak2 kerana pemikiran mereka kadang2 jauh melangkaui dari apa yang kita fikir dan jangkakan.

Sehari Menjelang Hari Ibu

Morning semua!. Nak tulis entry apa pun tak tahulah. Macam nak raya lah pulak!. Dengar sajelah lagu ini.  Senikatanya aje sudah cukup menyedarkan kita dan menceritakan segala2nya tentang Ibu.  Apapun panggilan samada Ibu, Umi, Mama, Mak, Emak, Mum, Mummy, Mek, Mok, hargailah beliau selagi ada nyawa. (Even saya lebih rapat dengan arwah Abah sebenarnya) tapi Ibu tetap No. 1 kan! Kerana dalam Islam juga telah meletakkan Ibu di tempat paling atas, dan begitu hebat seorang Ibu sehingga syurga itu berada di bawah telapak kakinya! Kalau tak percaya cuba lihat dan fikir secara logik, dalam apa2 majlis pun nama Ibu akan disebut sebelum bapa, atau dalam ayat2 ataupun surat2 pun disebut Ibubapa kan! So, fikir2kan lah.


                     (credit : youtube.com)

Ucapan Selamat hari Ibu untuk semua yang bergelar Ibu out there, teman2 dan rakan2 pembaca yang setia dan sentiasa ingatkan diri kita dan anak2, bahawa setiap hari itu adalah hari untuk Ibu, cuma esok adalah hari yang paling2 istimewa di antara hari2 itu!. Salam....................(sebaknya) dan Happy Weekend semua.

KISAH SERAM Benda Menumpang

Agak lama rasanya tak sharekan cerita2 seram dan misteri.  Oklah, yang ini saya dengar sendiri dari salah seorang kawan saya lama dulu, tentang kisah anak buahnya seorang perempuan. Baiklah, letak saja namanya Ninna.  Ninna seorang yang pendiam dan pemalu walaupun punya wajah yang bersih dan cantik. Ninna ketika itu berusaha dalam lingkungan umur 18 tahun dan baru saja mendapat tempat belajar di sebuah IPTA di selatan tanahair.  

Waktu mula2 dia ditempatkan di asrama, tidak ada apa2 perkara yang berlaku.  Hinggalah satu hari, selepas beberapa  minggu tinggal di asrama, ibu bapa beliau datang melawat.  Mereka amat2 terkejut  melihat wajah beliau yang pucat dan badan yang kurus kering. Wajahnya seakan2 orang sakit. Apabila ditanya, Ninna cuma cakap yang beliau sihat sahaja.  Waktu ibunya memberikan makanan yang dibawa dari kampung, dia makan dengan berselera.  Tetapi yang hairannya mengapa badannya seperti tidak makan setahun!   Ibubapa beliau menyuruh Ninna melihat wajah dan tubuhnya di cermin tapi Ninna sambil ketawa berkata  dia kelihatan cantik dan biasa saja sedangkan apa yang dilihat oleh kedua ibubapanya berlainan.  Di hadapan mereka Ninna bukan seperti Ninna yang mereka kenal. Ibubapa manalah yang tak risaukan!  

Pulang ke kampung, ibubapa beliau telah menemui seorang Ustaz untuk meminta nasihat.  Selepas mendengar cerita, Ustaz telah memberikan sebotol air yang telah dibacakan dengar ayat2 suci AlQuran dan meminta ia diberikan kepada Ninna dengan kadar segera. Petang itu juga mereka berangkat semula ke tempat Ninna belajar. Berjumpa Ninna dan terus memberikan air tersebut untuk diminum. Tiba2  belum sempatpun diminum, air dalam botol plastik itu tertumpah dengan sendiri seperti ada yang menolaknya.  Kedua2 ibubapa beliau terkejut.  Segera mereka meminta Ninna bersiap dan mengikut mereka pulang ke kampung.  Bagi mereka ini pasti ada sesuatu yang tak kena. Usai bersiap, ketika hendak keluar, pintu bilik Ninna pula gagal dibuka.  Puas dipulas2 ia masih tidak terbuka.  Bapa Ninna terus membacakan Ayat Kursi dan melaungkan azan sambil cuba lagi membuka pintu. Kali ini berjaya.  Rakan2 di bilik lain terkejut dan tertanya2 apa yang berlaku.  

(ehsan google bukan asrama dalam citer ini ye!
Ninna sendiri tidak sedar apa yang terjadi sebenarnya. Sampai saja di kampung, Ninna terus dibawa berjumpa Ustaz Rahim.  Mengucap panjang Ustaz melihat keadaan Ninna.  Terus dia memberitahu ibubapa Ninna ada benda yang menumpang di badan anak mereka. "Benda" itu sukakan Ninna kerana badannya yang putih bersih tanpa sebarang tanda calar.  Mereka bernasib baik kerana membawa Ninna berubat kalau lambat nyawa Ninna mungkin menjadi pertaruhan.  3 hari berturut2 Ninna dibawa menemui Ustaz tersebut  dan pada hari yang terakhir, Ustaz telah meletakkan sehelai kain di atas lantai.  Setelah membacakan sedikit doa dengan sekali tarikan beliau menepuk belakang badan Ninna seolah2 menangkap sesuatu dan terus diletakkan di atas kain putih itu.  Segera Ustaz membungkuskan kain putih itu dan memberitahu yang kain itu perlu ditanam sebelum hari malam.  Alhamdullilah, selepas itu Ninna kembali pulih seperti biasa. Cerita Ustaz lagi, ada "Benda" yang telah tinggal lama di asrama tersebut dan suka kepada Ninna sebab itu "ia" menumpang tinggal dibelakang badan Ninna.  Hanya orang2 tertentu saja yang boleh nampak. Sebab itu kita lihat Ninna yang berlainan sedangkan Ninna sendiri tidak sedar.

Kemudian barulah Ninna bercerita bahawa pada hari kedua di asrama, dia terkejut bila bangun pagi ada seorang wanita duduk di hujung katil beliau.  Wajahnya sangat hodoh dan menakutkan.  Beliau cuba menjerit tapi suaranya seperti tersekat di kerongkong dan selepas itu dia tidak sedar apa2 lagi. Cuma yang dia ingat selepas kejadian tersebut dia kerap nampak seakan2 ada wanita lain yang sering duduk di katilnya. Ninna ada berniat untuk bercerita kepada rakan2 yang lain tetapi setiap kali dia mahu bercerita, seakan ada saja semacam sesuatu yang menghalang.  Apapun kini Ninna telahpun menamatkan pengajiannya, dan selepas peristiwa itu tiada lagi gangguan tehadap beliau.  Wallahua'lam.......... Alamak, dah hampir pukul 1.00 pagi nih.. Nite semua!

Friday, May 11, 2012

Salam Takziah

47 mayat nahas Sukhoi ditemui
(ehsan utusan.com.my - bergambar sebelum penerbangan)
JAKARTA - Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, pada 9 Mei, 2012 telah ditemui petang semalam.
Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang semalam dan telah menemui bangkai pesawat dan juga kesemua mangsa nahas.
"Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara (Jumaat hari ini) memandangkan proses pemindahan agak sulit," jelas Gagah.
Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat. (ehsan utusan.com.my)

Takziah kepada semua keluarga2 mangsa. Banyak2kanlah bersabar dan redalah atas dugaan yang diturunkan. Bagi saya, betapa berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Konsert 4 Legenda

Anda peminat penyanyi Datuk Sheila Majid atau Amy Search ataupun pengikut setia Jamal Abdillah dan penggemar muzik Zainal Abidin?. Kalau jawapan anda ye, jangan lepaskan peluang untuk ke konsert, The Legendary Concert - Dulu, Kini dan Selamanya yang menggabungkan ke empat2  bintang legenda ini.

(ehsan google)
Ia adalah siri konsert bergerak yang diadakan di lima negeri, Pulau Pinang (Stadium Tertutup PISA 23 Jun), Johor (Stadium Larkin 5 Mei), Kuching (Stadium Negeri 26 Mei), Kota Kinabalu (Stadium Likas 19 Mei) dan Kuala Lumpur (Stadium Merdeka 30 Jun), dah pun bermula dari 5 Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini. 

Walau datang dari genre muzik yang beza, contohnya Zainal mesra dengan melodi World Music dan etnik, Sheila pula dengan irama jazz dan balada, Amy adalah Papa Rock Malaysia dan Jamal Raja Pop Malaysia mereka mempunyai pengikut dan peminat masing2. Dengar kata Tan Sri SM Salim pun mungkin akan dijemput sebagai jemputan istimewa di konset terakhir yang berkemungkinan diadakan di Kuala Lumpur nanti.

Untuk makluman,  konsert adalah anjuran Afro Inang Worldwide dengan kerjasama Research Venture Lab Sdn Bhd. So, apa tunggu lagi, kepada semua peminat2 setia 4 bintang legenda ni, mari kita sama2 berikan sokongan. Kerana mereka berempat ini antara artis2 yang punya kekuatan sendiri, dan masih mampu memberikan persembahan terbaik dan jarang sekali menghampakan! ( Untuk info. Abang Zainal kita sebenarnya baru saja pulih dan telah disahkan bebas dari kanser kolon tahap 3 yang dideritainya selama hampir 2 tahun,  Alhamdulillah!)

Berkongsi Sesuatu Di Hari Jumaat

Assalamualaikum... Salam Pagi Jumaat yang indah semua!.  Semulia Jumaat, marilah kita sharekan perkara yang baik2 saja hari ini.  Info dari my FB untuk dikongsi bersama di samping menambah sedikit ilmu.


Mungkin ada yang terlepas pandang sebelum ini (termasuk saya).  So, sama2lah kita memperbaiki diri. 

Sesiapa yang bercadang balik kampung untuk bersama bonda dan keluarga tersayang hujung minggu ini, rancang perjalanan dengan baik, dan moga selamat sampai ke destinasi ye.

Thursday, May 10, 2012

Tahniah Nurul Bakal Nikah Baru

Hari tu baru nak bertanya2 siapakah lagi artis2 Malaysia yang akan melangsungkan perkahwinan selepas ini. Dan dah pun terbaca cerita ini.  Pada 6 Jun ini, penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau Nurul Wahab akan melangsungkan pernikahan beliau.  Majlis dijangka diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri sekitar 200 tetamu di di Dutchess Place manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula akan dibuat di Bali pada 14 Jun, 2012 pula. Satu yang pasti, beliau tidak bercadang untuk mengundang Ajai (bekas suami) ke majlis bersejarah itu sebagai tanda beliau telah melupakan bayang2 perkahwinan sebelum ini. (Syabas Nurul!). Untuk info mereka pernah bersama pada tahun 1996 sehinggalah bercerai secara rasmi sekitar tahun 2006 .(Kalau tak silap!). Yelah buat apa nak dikenangkan benda2 yang dah lepas. Paling penting kita kena mulakan hidup baru. Hidup harus diteruskan juga sebalik apapun kisah duka kita!

Tidak merahsiakan siapa bakal suami beliau,  jejaka dari Perancis yang dikenali sebagai Eric Daniel Depp, 47 yang telah dikenali lebih setahun lalu. Eric telah melamar di hadapan ibu-bapanya dan kemudian menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.

Antara yang akan terbabit dalam majlis itu nanti pastinya Rizman Ruzaini dan Bon Zainal selaku penaja pakaian pengantin, pihak Zaha Wedding Planner (untuk pelamin), Dutchess Place (lokasi pernikahan nanti) dan Jakel (I like) sebagai penaja fabrik. (mesti cantik ni!)

Sedikit petikan kata2 Nurul,
"Saya tidak pernah meletakkan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya."Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia."Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan," katanya yang turut memberitahu bahawa Eric telahpun memeluk Islam dan juga pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini.

(gambar : google / tupai.com.my)
Apapun tahniah buat Nurul! Jadikan pengalaman perkahwinan sebelum ini sebagai panduan terbaik untuk terus bahagia dan melayari perkahwinan untuk kali kedua.

Petua Menajamkan Gunting

Minggu lepas, my bongsu sibuk mencari2 gunting untuk buat kerja sekolah. Ingat lagi kalau dulu2 masa sekolah, alamat kena jeritlah kalau guna gunting potong kain emak untuk buat potong kertas.  Nanti gunting tumpul!.  Tapi masa tu masih bebudak lagi so buat tak tau ajelah. Sekali cakap sekali dengar.  Lepas tu buat lagi.. He He He.

Sebenarnya ada cara mudah nak menajamkan semula gunting tu.  Caranya,  cari aje botol2 kaca lama yang kosonglah (apapun boleh) tapi janganlah sampai cari botol yang cantik2 macam kat bawah ni. Botol bekas kicap pun boleh guna.
(ehsan cik google)
Lepas tu buatlah seolah2 kita nak guntingkan botol tu sambil meleret2kan mata gunting dari depan mata gunting hingga ke hujung bermula dari atas botol ke bawah dan ulangi proses dari bawah ke atas. Buat sampailah rasa dah puas hati.
(from google image)

InsyaAllah, pasti gunting itu akan tajam kembali macam yang ini.

Tapi kata orang2 tua kat  kampung, kalau guntingkan daun-daun sirih pun, gunting boleh tajam semula. Cuba ajelah!


Setiap Hari Adalah Hari Ibu

Dalam satu berita baru2 ini, Malaysia hanya berada di tangga ke 41 dari 165 negara sebagai 'Tempat yang sesuai untuk menjadi Ibu". Norway di tangga teratas sekali. So, fikir2kan lah!. Sekarang ni, rasanyer ramai yang  sedang menunggu2 kedatangan hari ibu untuk diraikan pada Ahad ini kan.  Tetapi sebenarnya, tarikh Sambutan Hari Ibu berbeza bagi negara2 di seluruh dunia.  Cer baca info kat bawah ni hasil usaha penat lelah cari  gali info dari cik google!

13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand 


22 Disember 2012 di Indonesia

 
As for me, setiap hari juga merupakan Hari Ibu ! Doakan yang terbaik untuk semua yang telahpun bergelar ibu.  Kata my daughter yang bongsu tu, dia risau sebab tak beli apa-apa hadiah lagi. (Actually dia dah beli rose secara senyap tapi dah ter'accidently' tunjuk kat saya, so xde supriselah lagi. Itu yang sibuk sangat nak cari hadiah len tu!) Dan saya kata tak perlu semua hadiah itu, cukup sekadar ciuman, pelukan dan doa aje.  Kalau ada gift itu dah jadi satu bonus! Terus dia cakap, sayang Ummi! and hugged me..... Ala la Touching nyer! 

You all ade tengok video tentang ibu yang mendera anak tu tak? Kecoh Satu Malaysia semalamkan.  Tak perlulah nak sharekan video kat sini kerana apapun, keadilan sudahpun ditegakkan dan  HARAP KITA SEMUA DAPAT AMBIL IKTIBAR. (Nak tengok juga cari kat sini http://www.youtube.com/watch?v=tts-0BXCs5c).  Entahlah, kalau kucing pun tahu sayangkan anak,  apatah lagi kita manusiakan!

( ehsan google )
Yang pasti, hari Ahad ni semua restoran2 dan kedai2 makan, baik di hotel, restoran besar ataupun kedai makan biasa akan penuh sesaklah! Tak percaya, tengoklah nanti.



Wednesday, May 09, 2012

Tahniah Fezrul Khan

Seminggu dua ni heboh orang bercerita tentang perkahwinan artis2 di Malaysia. Paling top atas chart teratas, tentulah citer kahwin Cik Fasha Sandha dan kisah pengantin baru Awal dan Scha. Rupa2 dalam diam ada seorang lagi artis yang selamat mendirikan rumah tangga baru2 ini iaitu artis MIG, Fezrul Khan atau lebih dikenali dengan nama Feroz Khan.  Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan isteri beliau, NoorHafizah di Masjid Al Imam Al Ghazali, Kepong dan kemudian diraikan dalam satu majlis serba sederhana. Baguslah, apa yang penting mereka telah menjadi suami isteri yang sah.  Selamat Pengantin baru, Moga aman kekal bahagia selama2nyer!!!!! Antara foto2 sekitar majlis.....



( All foto credit : limauais.com . Tq)

Lepas ni, artis mana nak kahwin pulak??

Ceritera Pantun Jenaka

2 hari lepas, masa dalam perjalanan nak fetch anak2 dari sekolah menengah, my bongsu daughter tu mulalah start dengan dia punya kisah.

She :  Adik dah pandai pantun dah. Nak dengar ke?
Hubby :  Cubalah...
She :  Ala, malulah adik!
Me :  Apa nak dimalukan. Ummi ngan Abah je yang dengar ni!
She :  Ok.  Dengar ye..  Pergi ke kedai membeli nasi, nasi ayam dalam mangkuk, semangkuk nasi ayam letak atas meja, siapa nak makan sudilah ambil (siap dengan intonasi gaya berpantun).
Me : (Nak tergelak)
Hubby : Siapa yang ajar tu.
She :  Cikgulah ajar pantun.  Tapi yang ini adik reka sendiri..
Me :  Betul ke?
She :  Iye, ciptaan sendiri. Ingat senang ke nak reka pantun ni!
Me :   Oklah
She :  Satu lagi pantun ye.   Warna Merah Sungai Lui, Merah muda Sungai lui, Sungai Lui lagu Aizat,  Terima kasih kepada Aizat! (Siap intonasi berpantun tu)
Me  : (Terus gelak) Ha Ha Ha.  Sudahlah tu adik.  Pandai adik reka pantun, tu pantun lawak tu!
She :  Mana ada ... Ni lagi satu.
Me :  Dahlah tu nanti2lah  pulak buat pantun.
She :  Dua tiga kapal berlayar, kapal berlayar... kapal berlayar....
Hubby :  Bukan dua tiga kucing berlari ke?
She : Itu lainlah ..... Dua tiga kapal berlayar, dua tiga kapal berlayar.........
Me :  Ok2, dah sampaipun sekolah along ngan angah ni. Nanti jelah kita sambung pantun tu ye!
She :  Aaa....Pandai tak adik,  Mi! Susah nak reka pantun ni....
Me :  Pandai2........ memang pandai sungguh buat lawak!
She :  Memanglah adik kan dah tadika 2 tahun sebab tu lah pandai!
Me & Hubby :  (Senyum ajelah)

( Ni tengah gembira sakan walaupun penat ....! Siap tukar baju dua kali tu )

Peribahasa Melayu Lagi

Pernah dengar peribahasa ini "Menunggu buah yang tak gugur2".  Dalam erti kata sebenar seperti mengharapkan sesuatu yang tak jelas dan tak pasti. Rasanyer macam biasa berlaku dalam kehidupan kita sehari2. Sebagai manusia, kita mesti sentiasa berusaha tanpa mengharapkan sesuatu yang kita belum pasti akan mendapatnya.
(ehsan google)
 Antaranya tentang jodoh.  Kalau dah tau sidia tu tak sudi, tak payahlah nak menunggu2 sampai sudah. Akhirnya kita juga yang merana.  Doakan saje kebahagiaan orang itu, pasti kita juga akan memperolehi kebahagian kita sendiri nanti. Lebih baik kita cari orang yang benar2 menyayangi dan mencintai kita.  Apahal lak bermadah cinta lak ni.  Mak bukannyer minah bunga!

Begitu jua, dalam mencari pekerjaan.  Mana2 tawaran yang datang sambar dulu. Tak payah nak memilih sangat hingga terpaksa menunggu sesuatu yang kita belum pasti akan mendapatkannya. Kerja dari bawah dulu lama2 mana tau ada rezeki satu hari kita mungkin mengemudi satu department yang besar!

(ehsan cik google)


Tuesday, May 08, 2012

Durian Runtuh Warga Felda

Peneroka Felda terima durian runtuh RM15,000 seorang  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Beliau telah membuat pengumuman berkenaan perkara tersebut di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang. 
Bercakap kepada pemberita lagi selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari hari ini.
"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

RM 15K, sebelum ini saya menjangkakan mereka warga Felda akan dapat lebih.  Apapun, lepas ni adalah yang akan kerap balik kampung.  Untunglah sapa2 anak peneroka Felda tu ye! Siapa tu ? (Rakan blogger jangan ambil hati pulak).  Cam teringat dulu2 ada kes orang nak saman Felda. Rasanyer berkisar tentang rasa tak puas hati isu pemerahan kelapa sawit.  (Apa citer sekarang ni!)
(ehsan cik google)

Petua Redakan Demam Panas

My bongsu daughter demam semalam.  Perkara yang paling saya takut sekali apabila dia demam adalah, kalau terkena serangan sawan akibat panas badan yang terlalu tinggi.  (Pernah terjadi once at her age of 3).  So saya memang akan sentiasa pantau suhu badan, agar sentiasa mantain dan tidak terlalu tinggi.

Selain dari memastikan dia diberikan ubat2 samada secara oral (sirap paracetamol) or ubat suppositories diberi melalui punggung (stok ubat memang sentiasa ada untuk kes2 kecemasan) kita juga boleh redakan suhu panas badan anak2 dengan cara ini.

Ambil beberapa helai daun limau nipis, bersihkan. Biasanya orang kata boleh juga gunakan daun bunga raya. Kaedahnya sama. Letakkan air dalam bekas dan ramaskan daun2 limau tersebut kemudian sapukan ke seluruh badan anak.  Kalau boleh mulakan dengan bismillah, dan selawat 3 kali. InsyaAllah, akan reda sedikit panasnya. (Serasi atau tidak bergantung kepada masing2lah). Tapi tak salah mencubakan.

(ehsan cik google)
Yang penting, kalau anak2 demam panas, sentiasa basahkan badan dan kepala, pakaikan baju yang nipis dan tidak terlalu tebal. Pastikan anak2 minum air secukupnya. Kalau agak2 susah tu, tampalkan saja "cool fever" kat dahi tu.  Bagi ibu2 baru, yang masih tiada pengalaman, harap ini dapat membantu.

Satu je, my daughter ni, walau demam macammana pun sekolah memang tak pernah skip.  Malam demam teruk, esok pagi lepas makan ubat terus pergi sekolah.  Alasannyer.  adik nak dapat hadiah kedatangan terbaik lagi tahun ini! (Tahun lepas dia dapat hadiah tu!).  


 

Cerita David Beckham... Again

Just read this article send through my yahoo email,  and would want to share with you all.  Alahai... Kisah Si David Beckham! ( Atau David Bekam in M'sia Huhuhu).  Even no more with MU now, he's still no. 1 (ahli  sukan terkaya ! Duit sponsorlah  banyak ni..).

World Football - Beckham tops Sport Rich List
Former England captain David Beckham's success on the field and appeal to sponsors have made him an estimated fortune of £160 million pounds to put him top of the Sunday Times Sport Rich List.
Beckham, now 37 and playing for LA Galaxy, is one of 48 football players past and present in the list of the 100 richest current and former sportsmen in Britain and Ireland.
London-born Beckham hopes to make the Team GB squad to play in the Olympics in his home city this summer.
The Sunday Times also ranked Beckham 10th in its list of the world's richest sports figures, a group led by golfer Tiger Woods with an estimated £538m.
His endorsements with Adidas, H&M, Samsung and others, combined with his wage at LA Galaxy and career earnings from the game have seen him make the global top 10 for the first ever time.
Woods, who is still on course to be sport's first billionaire despite a £60m divorce and a drop in sponsorship income, was followed by German Formula One driver Michael Schumacher and former basketball player Michael Jordan.
Russian Maria Sharapova was the world's richest sportswoman, worth £55m. Sharapova, like Beckham, has augmented her earnings from sport with lucrative fashion and other endorsements.
No current British or Irish swimmer, cyclist or track and field athlete made the top 100, something that might change over the course of this Olympic year. There were no past or present sportswomen among the top 100 on the British and Irish list.
Not all the figures on the list are household names.
Behind Beckham in second spot was former rugby union player Paul Caddick, who now runs a property and construction company and is chairman of rugby league club Leeds Rhinos.
( ehsan google )
Me, after reading this........... Hurmmmm, how I really wish if David Beckham could help those poor people out there!  Apapun, beruntunglah  Victoria & anak2 kan ! (Walaupun tak minat dengan wife die tu, salute juga kat Victoria yang tak kisah beranak banyak, tak macam segelintir celebriti tu yang nak jaga badan sangat).


Monday, May 07, 2012

Apa kisah Kesuma Angsana

Minggu lepas, sibuk ler sesengat menguruskan hal2 kerja dan hal2 rumahtanggga.(Eh.. ceh ceh).  Then suddenly ada orang SMS ni, kata yang ada orang try nak create blog, yang hampir nak sama dengan my blog name, cuma blog dia kurang satu "huruf" je dari my blog.  Ye ke? Nak ketawapun ada. Tapi sebabkan sibuk, saya tak ambil peduli sangat.  Ada juga teringat2 nak check tengok.  Mula2 tu ingat ada orang nak 'Sabotaj" blog saya ke?.  Tak mungkinlah, siapalah saya ni "Kesuma Angsana" yang baru beberapa hari hidup dalam dunia blogging ni.  Mungkin ada orang yang tak berapa nak faham tentang blogging2 ni yang tersilap 'Create' blog instead of "View" my blog (Ada ke?  Bersangka baik lagi tu).  

Then semalam only, ada sedikit masa terluang cer cari blog yang dikatakan itu.  Macam kenal je owner dia (S...).  Still baru and xde entry pun lagi.  Entahlah.  Kalau benarlah nak buka blog, saya nasihatkan buat nama len yang lebih glamer gitu cam... "blog ini saya punya" or "saya tak copy blog tu". Mesti orang cari punyer dik. Ha Ha Ha.  Takpelah dik, mungkin you salah tekan button kat board kot, tu yang jadi ter"create" blog tu. Tapi tak salahpun, kalau betul nak jadi blogger, please just change your blog name ye!. Thank you in advance. Untuk mengelakkan kekeliruan nanti.(Anyway, should I registered Trade Mark for Kesuma Angsana).

Tapi untuk semua, harap maklum ye, sayalah satu2 nyer blogger "The Other Side Of  Kesuma Angsana".  Jom follow!


Alkisahnya........Peace No War!


Majlis Resepsi Awal Dan Scha

Rasanya , inilah last entry to cover citer tentang Awal dan Scha.  Apapun, kita layan je gambar2 di majlis resepsi persandingan kedua mempelai ini yang telahpun berlangsung malam tadi bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Meriah, dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang sama2 ingin meraikan pasangan ini terdiri daripada ahli2 keluarga, rakan2,  rakan2 artis dan wakil media.

Mungkin selesa dengan persalinan serba putih, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari kemudian mengenakan persalinan kedua bertema Inggeris untuk acara memotong kek.(Standardlah tu!) You all ada!

Nah sebahagian foto2 bahagia mereka berdua.  Memang mereka berdua ni pasangan sama cantik sama padanlah. Scha , amboi berseri2 betul!

(Foto2 Credit to Rotikaya.com)

 



Selamat Pengantin Baru.  Moga kekal bahagia selama2nya. Amin...

Sunday, May 06, 2012

Asas Didikan Anak-anak

Kata orang lebih senang menjaga sekandang lembu dari menjaga anak perempuan seorang.  Entahlah nak setuju ke tak dengan statement ini. Dengan zaman sekarang yang serba canggih dimana segala informasi semuanya di hujung jari kini,  rasanyer sama je samada anak lelaki atau perempuan. Both kita kena sentiasa pantau. Mesti sentiasa ambil tahu apa aktiviti dan siapa rakan2 mereka. Sebaiknya, letakkan diri kita umpama sahabat dan tempat untuk anak2 bercerita dan meluahkan rasa. Share jelah info dari FB ni yang dikongsi seorang teman untuk panduan kita bersama. 

Di atas ini, hanya sedikit panduan yang asas sahaja.  Kita boleh dapat banyak info lagi mengenai pendidikan anak2 melalui pembacaan atau bertanya kepada orang2 tua yang lebih banyak makan garam daripada kita. Semua orang mahukan apa yang terbaik untuk anak2 mereka.  Yang penting jangan lupa, sentiasa sokong dan mendoakan mereka!

Tentang Dia Razis Ismail

                                                                       (credit : youtube.com)

Masih ingat lagi tak pada Razis Ismail. Lama betul tak dengar cerita tentang beliau.  Beliau antara artis yang popular sekitar tahun 80an dulu.  Selain menyanyi, beliau juga ada menceburi bidang lakonan. Beliau menjadi kegilaan anak2 gadis pada waktu itu. Saya pulak, suka sebab suaranya yang tersendiri dan sampai sekarang takde pun klon Razis Ismail. Sweet2 dan lemak merdu gitu. Lagu ni "Wahai Kekasih" memang cukup2 saya minati sampailah ke hari ini.  Rasanya dari zaman sekolah dulu2.  Hai, En. Razis Ismail tak nak buat come back ke? Ni gambar latest beliau dari cik google.

(ehsan : google/berita harian)
Yang ini  pulak antara petikan kata2 beliau dalam satu temubual.
"Entahlah, saya tak tahu kenapa hati saya sudah tertutup untuk seni. Seingat saya, sekembalinya daripada menunaikan ibadat haji pada 1998, minat saya dalam bidang seni terus hilang. Saya tidak memandang serong pada dunia seni, tetapi minat itu hilang secara tiba-tiba dan persembahan saya di Pulau Pinang pada 31 Ogos 1997, menjadi medan terakhir saya menyanyi di pentas,” kata penyanyi berasal dari utara tanah air ini"

Oklah, Enjoy Hari Minggu you all ye. Salam.............


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...