![]() |
| ( Saat bahagia satu ketika dulu, tinggal kenangan ! ) |
Minggu ni saje rasanyer, lepas satu, satu isu & cerita tentang pelakon Anne Ngasri dan bekas kekasihnyer Aliff Aziz tu. Sudah2lah tu & KA nak doakan yang terbaik for both of them. Terima sajelah hakikat bahawa, ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan tuhan kan. Kita semua sebagai manusia biasa, hanya mampu merancang dan merencana ! Allah swt jua yang menentukan semua.
Yang ini pulak kisah kenyataan Anne yang terbaru pulak ! Harap2 lepas kenyataan Anne ini, xdelah lagi cerita2 yang kurang enak kita bacakan tentang mereka berdua !
Pelakon Anne Ngasri mengambil pendekatan untuk tidak lagi bercakap
mengenai bekas kekasihnya Aliff Aziz walaupun pemuda itu mendakwa
hatinya terluka kerana Anne bertindak memilih lelaki lain sebagai calon
suami. Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, keputusan itu
dibuat kerana dia enggan mengingati lagi peristiwa lama selepas
membuat keputusan untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan
Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, yang dijadualkan pada 22 Disember
depan.
"Saya tak mahu komen tentang perkara itu. Bagi saya apa yang dah lepas itu lepas..." katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Aliff Aziz, 21, pada Khamis mendedahkan hatinya benar-benar terluka
selepas bekas kekasihnya Anne Ngasri membuat keputusan untuk berkahwin
dengan lelaki lain walaupun pada dasarnya mereka sudah berbincang untuk
bernikah pada bulan yang sama. Bagaimanapun Aliff menganggap kesilapan yang mungkin telah dia
lakukan terhadap perhubungan itu menyebabkan wanita tersebut memilih
lelaki lain sebagai calon suami.
Sementara itu Anne berkata keengganannya untuk mengulas lanjut bukan
kerana ingin menjaga hati mana-mana pihak, sebaliknya ia merupakan
pendiriannya untuk tidak bercakap lagi tentang Aliff
"Saya tidak mahu bercakap mengenainya (Aliff) lagi. Dan ia adalah
pendirian saya, bukannya untuk menjaga mana-mana pihak," ujarnya.
Anne telah bertunang dengan Mohd Sumali di kediaman keluarga Anne di
Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu. Pasangan itu bersepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di rumah keluarga pihak lelaki di Pontian, Johor.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan, 30, pada 26 Mei 2006 tetapi berpisah empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul
Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah yang berusia dua tahun.

34 comments:
Assalam KA..betul tu..
usah dikenang..dah bukan jodoh
betui tu...sudah2 la...
akak tak tau sangat apa kes dorang ni....
ye..yang sudah tu sudahle kan///
Tak berapa ikut sgt perkembangan artis dua orang nih, apa2 pun semoga mereka bahagia lah hendak nya..
semoga depa dua mendapat jodoh yang baik..
memang pun yang dah lepas tu biarkan berlalu.....kenapa nak diungkit2 lagi...moga pilihan ANNE kali nie....berkekalan hingga akhir hayat...
Tu la. Aliff tu muda lagi. Rasanya anne ambil yg berumur tu lebih baik.
btol tuh , sudah2 la tuh .
mcm2 artis skrg nih hehe. semoga anne akan bahagia ngan bakal suami nye nnti..
retis , gosip , mmg takkan hilang . haha .
# Jom kita sama-sama memeriahkan lagi GA ini .. Mana tahu kan dapat hadiah domain. Banyak keistimewa
betul KA..
rezeki kita..jodoh ptemuan dan ajal telah ditetapkn sejak azali lg.. utk apa melawan takdir..dah jodoh anne dgn org laen..:)
benda dah lepas takyah lah nak kenang lagi..dah bukan jodoh..
muda sangat kalau tak matang susah jugak
benda dah lepas takyah lah nak kenang lagi..dah bukan jodoh..
muda sangat kalau tak matang susah jugak
ye betul tu..yg lepas lepas la....usah diungkit lagi
hu hu hu..
alah , semuanya ade hikmah kan , takpe alif , CP kan ade :P
joking3 ~
sian kat mereka tuh . . pape pun supaya mereka bahgia . .
cukup...cukup...sudah...ehe..dah laa tuu..biarkan dia bahagia aliff..awak tu muda lagi,..carilah anak dara.....mg anne bahagia dgn pilihannya
betul tu KA..sudah cukup sudah...heee
bercinta,putus cinta...biasalah tu...cuma ada org boleh terima kenyataan..ada yg amik masa utk sembuh dari kelukaan...
semuanyer dah tertulis
theyols hanya setakat berchenta jer
x per la lgpun si aliff ni very young la
macam tak cayajer yang si aliff ngan anne dulupun..
jodoh pertemuan hanya Dia yang menentukan.. betoiler yang lalu biarkan berlalu... Allah mungkin hendakkan kita dapat yang lebih baikkan...
memula pisah ritu macam dua2 org x kisah.. tapi sekarang macam2 cerita pulak..... iskisksik
kesian dgn aliff sebenarnya..tapi tatau la apa yang terjadi sampai si anne tu ambik tindakan drastik macam tu.. apa pun.. dah jodoh.. kita manusia cuma merancang..
hanya mereka dan keluarga mereka yg tahu kemelut ini. kita hanya mampu doakan TERBAIK utk mrk berdua..
* been there - done that!
masing2 dah ada life sndiri..
Apapun moga mereka berdua bahagia dengan haluan masing2..
sudah cukup sudah....cukup smpi di sini saja..hihihi..dh la..lpas biar lpas...diam lbh baik :)
kisah artis mmg selalu dibongkarkan sebab ada yg berminat nk tau, hehe
da mmg bukan jodoh mereka ..
da mmg bukan jodoh mereka ..
semoga dua2 berbahagia nanti..yg dah lepas tu sudah la kan.
yg dah lepas tu sudah2 la
x jodoh antra kamu berdua..so redha jer
Post a Comment