Itu tandanyer, dah dekat dan hampir sangat kita nak merayakan hari raya aidil adha atau kita panggil juga hari raya korban. Dimana peragut2 rumput seperti lembu & kambing contohnyer, akan dikorbankan waktu ini!
Berkongsi sedikit info tentang ibadah korban sesama kita.
![]() |
| ( DARI GOOGLE ) |
IBADAH KORBAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
SEJARAH ASAL USUL KORBAN
1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)
2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S
3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S
4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S
5. Korban Zaman Nabi Musa A.S
6. Korban Bangsa Yunani dan Rom
7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W
PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
ANTARA DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
Info & maklumat lanjut di sini
Di kesempatan ini, KA nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha, selamat bercuti dan mana2 yang akan berjalan jauh tu (pasti ramai yang balik kampungkan), hati2 diperjalanan. Moga selamat pergi dan selamat juga kembali ye! Ampun maaf juga andai ada salah & silap selama kita kenal ye!

17 comments:
Selamat Hari Raya Korban
Salam Aidil Adha, KA. :)
gemok2 rupanye peragut bukan tempatan ni kannn.. ehhheEe
slmt ariraya qurban akak KA tuuu
thanks for the info & reminder KA, sgt berguna..
Salam Aidiladha buat Kak KA sekeluarga.. Akak balik mana?
Selamat Hari Raya Aidil Adha Juga KA
salam aidiladha kak
Nice sharing KA ^_^
Ingatkan peragut mana la tadi..hehe.
Selamat Hari Raya AidilAdha buat KA sekeluarga.. :)
nice sharing kak :)
Thanks for sharing KA, selamat hari raya ya...
Salam Eid ul Adha :)
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk KA
Salam Aidiladha KA.. maaf zahir batin :)
Salam Aidil Adha KA
nice sharingggg KA!!!! tq for the info... makin xcited nk beraya weee~!
slmt hr raya haji,.KA,.tq berkongsi info
Post a Comment