Sunyi sekejap cerita Ella lepas dia kahwin hari tu kan. Ni ha gambar terbaru Ella. Baca jugalah cerita dia di bulan Ramadan ni ye!
Ella seronok dapat menunaikan solat Terawih bersama suami pada 1 Ramadan yang lalu.
SHAH ALAM: Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin
melahirkan rasa gembira apabila hasratnya untuk melakukan solat Tarawih
bersama suami akhirnya tercapai pada awal Ramadan lalu.
Ella, 46, berkata, saat itu adalah antara paling manis yang pernah
berlaku dalam hidupnya kerana dia telah memendam hasrat berkenaan sejak
sekian lama.
"Walaupun sudah bergelar suami isteri tetapi kami jarang dapat
bersama kerana tuntutan kerja masing-masing yang agak sibuk dan padat.
"Bagaimanapun hasrat saya untuk ke masjid menunaikan solat Terawih
bersama suami sudah pun tercapai dan ia saat paling indah buat diri
saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di sini pada Rabu.
Tambah Ella, selepas menunaikan solat Terawih juga, dia dan suaminya
iaitu Azhar Ghazali, 30-an sempat menghabiskan masa dengan melepak di
kedai mamak untuk menikmati teh tarik bersama-sama.
Dalam pada itu, Ella memberitahu dia dan Azhar masih lagi dalam
proses menyesuaikan diri dan mengakui perkahwinan yang dilalui banyak
mengubah dirinya sebagai seorang wanita.
"Kehidupan selepas sebulan berumah tangga sangat menyeronokkan tetapi
masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ia perlu dilakukan
secara perlahan-lahan.
"Jika sebelum ini saya tidak perlu meminta pendapat orang lain
tentang sesuatu perkara atau membuat keputusan kini saya perlu
berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah
sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah soal
memilih makanan.
Ella dan Azhar bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga wanita itu di Klang, dekat sini.
Sumber berita DARI SINI
Apapun, kita doakan yang terbaik ajelah for Ella dan suami ye!

29 comments:
jodohkan mmg ketentuan Allah dari dulu org duk sibuk tny dia bila nk kawin.. tgk bila smp masa dia kawin pasti dia akan kawin dan hidup bahagiakan...
Ye KA ~ sama2 kita doakan Ella dan suami aman bahagia sampai hujung nyawa.
wah...Ella dah berdua ni, makin cantik lak tgk...
semoga kak ella kita ni terus bahagia dgn kehidupan baru dia sbg isteri....insyaallah.
semoga mereka berbahagia dan hubungan berkekalan..=)
semoga kak ella bahagia selamanya... pasni ni org dah tak sibuk nak tanya...
semuga mereka cepat-cepat dikurniakan anak
alhamdulillah.. moga kekal ke akhirnya
saya yang mengikuti lagu2 nyanyian dia semenjak dari kumpulan ella & the boys juga tertunggu2 tarikh tersebut. sekarang Alhamdulillah.... semoga kekal melayari perkahwinan yang bahagia
alhamdulillah,kawin juga dia akhirnya..tapi lucu tengok ella ni, sifat kemanjaan dia tak pernah berubah dari dulu..
wow Ella da matang...
sentiasa cun jer dia..suka tengok
Suke gedik die.. Kelakar!
dua'a for the best.. half of her age habis begitu saja kann.. ye lahh kalau kawin 20 taun dulu i mean..
alhamdulillah akhirnya jodoh dia smpai jugak...itu lah perkara jodoh tidak perlu disangkal,janji berusaha n berdoa :)
SEMOGA BAHAGIA.
Alhamdulillah. Didoakan yg baik2 buat mrk
alhmdulilah..semoga kekal sehingga akhir hayat..
weeeeeee bestttnyaaaaa :)
Salam KA... semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat...ameen
Alahai cantiknya ella
ELLA MAINTAIN CANTIK,
semoga kebahagiaan yg dimiliki oleh Ella berkekalan....
jom kawin....jeles tgk ella...hihi...
#calon xde agi...sobssss
Alhamdulillah seronok ella dpt bertarawih dgn suami tercinta :)
Amin...kita doakan dia...=)))
Alhamdulillah...semoga mereka berdua sentiasa bahagia
alhamdulillah.. moga mereka berbahagia selamanya..
alhamdullilah.. seronok dengar .. bahagia akhirnya..
Post a Comment